Liverpool Tewas 5-0 - Bola Sepak | mStar

Liverpool Tewas 5-0

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 10:13 PM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL tersungkur di Stadium Etihad dengan kekalahan 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Kekalahan besar The Reds kepada tuan rumah Manchester City bermula selepas Sadio Mane dilayangkan kad merah gara-gara kakinya 'terbang' ke kepala penjaga gol Ederson.


Pengadil Jon Moss terus mengarahnya keluar padang sekaligus menjadikan Liverpool bermain hanya sepuluh orang pada minit ke-37.

Berikutan insiden itu juga, Ederson terpaksa diusung keluar padang untuk menerima rawatan kecederaan di bahagian pipi kirinya.

Sebelum itu, minit ke-25 Sergio Aguero telah membuka jaringan awal untuk City.

Gariel Jesus menambah jaringan kedua sebelum tamat babak pertama permainan.

City terus menguasai permainan pada separuh masa kedua apabila Jesus sekali lagi menjadi penyumbang gol untuk mengukuhkan kedudukan dengan tiga jaringan minit ke-53.

Manakala Leroy Sane terus menambah duka Liverpool dengan dua jaringan pada minit ke-77 dan 90' sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan lima gol tanpa balas untuk City.

Senarai pemain:

Manchester City: Ederson , Walker , Danilo , Stones , Otamendi , Mendy , Fernandinho , De Bruyne 8, D. Silva , Aguero 7, Jesus (simpanan) Bravo, Mangala, Sane.

Liverpool: Mignolet , Alexander-Arnold , Matip , Klavan , Moreno, Can , Henderson , Wijnaldumm , Salah , Firmino , Mane .(simpanan) Oxlade-Chamberlain , Milner , Solanke.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Man City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan