Zlatan Tayang Jersi

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 9:11 AM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic mendedahkan dia akan menyarung jersi nombor 10 untuk Manchester United apabila kembali ke Old Trafford.

Ibrahimovic menyatukan 10 jersi United yang tertera nama dan nombor 10 di bahagian belakang jersi sebelum membuat posting gambar di Twitter pada Khamis.

"Saya tidak pernah pergi, saya baru menaik taraf nombor saya," tulis Ibrahimovic, yang musim lalu memakai baju nombor 9 tetapi kini disarung oleh Romelu Lukaku.

Pemain berusia 35 tahun itu yang dijangka kembali pada Disember, menandatangani kontrak baharu satu tahun pada Ogos selepas penampilan musim pertamanya yang cemerlang bersama kelab di mana dia menjaringkan 28 gol dalam 46 perlawanan.

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu telah diberikan kontrak baharu walaupun pada awalnya dibebaskan selepas terlepas kempen pada bulan terakhir Liga Perdana kerana kecederaan lutut.

Ibrahimovic telah dinamakan dalam skuad United yang kembali ke Liga Juara-Juara.

Lukaku, yang telah menjadi penyerang utama United, baru-baru ini berkata Ibrahimovic masih diperlukan.

"Saya sudah tahu bahawa Zlatan akan menandatangani kontrak tetapi saya tidak memberitahu sesiapa," Lukaku mendedahkan kepada pemberita awal bulan ini.

"Saya gembira. Kita memerlukan keperibadiannya. Saya fikir banyak yang dapat diberikan Zlatan. Saya fikir dia mempunyai satu misi iaitu memenangi Liga Perdana dan kami akan membantu dia mencapai matlamatnya," tambah Lukaku.

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , jersi 10

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan