Mourinho Bayangkan Perpindahan Lukaku Boleh Cecah £150 Juta

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho percaya nilai perpindahan Romelu Lukaku boleh mencecah £150 juta jika perjanjian itu ditandatangani selepas Neymar mencatat angka tertinggi apabila berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG).

United membayar pemain Everton itu £75 juta pada awal Julai, beberapa minggu sebelum PSG mengejutkan dunia dengan rekod perpindahan pemain Barcelona, Neymar pada £198 juta.

Kata Mourinho, jika urusan pembelian penyerang itu ditangguhkan hingga ke hujung tempoh perpindahan, tentunya United berdepan tambahan kos.

Perpindahan lain pemain Liga Perdana juga termasuk Nemanja Matic (£40 juta) dari Chelsea dan pemain Benfica, Victor Lindelof (£30.7 juta) apabula United menamatkan perbincangan awal musim panas.

"Rasanya kami bertindak bijak.

"Kami fikir mungkin sesuatu akan berlaku dan akan mengubah pasaran selamanya. Selepas Neymar segalanya berubah terutama daripada segi harga.

"Saya rasa pada 31 Ogos Lukaku mungkin mencecah £150 juta. Matic mungkin £60 juta atau £70 juta. Neymar mengubah segalanya. Jika perpindahan yang terbesar dalam sejarah masih lagi (Paul) Pogba, saya rasa Philippe Coutinho ketika ini berada di Barcelona pada nilai perpindahan £101 juta.

"Lukaku dan Matic kini mungkin menyebabkan kami menanggung kos £200 juta keseluruhannya, tetapi kerana kami telah tamatkan rundingan pada awal musim panas, kosnya lebih rendah," kata Mourinho dalam temubual eksklusif bersama The Times.

Mourinho berhasrat melanjutkan tempoh khidmatnya di Old Trafford selepas hanya bertahan dua tahun di Chelsea.

"Melabel saya sebagai pengurus jangka pendek adalah tidak adil," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lukaku , Mourinho

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan