Kelayakan Piala Asia: Malaysia Seri Bertemu Hong Kong

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 1:03 AM

Pemain Malaysia Shahrom Kalam (kiri) mengekang kemaraan penyerang Hong Kong Alexander Oluwatayo pada kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Selasa malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Selasa malam.

Skuad bimbingan Eduardo Vingada itu gagal memanfaat peluang mencari gol kemenangan di hadapan penonton sendiri biarpun berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain Hong Kong Alessandro Ferreira Leonardo membuka jaringan pada minit ke-53.

Gol penyamaan negara dilakukan pemain tengah Mohd Syazwan Zainon tiga minit selepas itu.

Bagaimana pun, lebih mengecewakan lagi apabila permainan dicemari dengan insiden layangan dua kad merah kepada pemain negara, Mohd Rizal Ghazali (m-89) dan Mohamad Aidil Zafuan pada masa kecederaan sekaligus pihak lawan menerima sepakan penalti.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara, Muhammad Hafizul Hakim yang bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti tersebut sebelum wisel akhir permainan dibunyikan oleh pengadil dari Australia, Christopher Beath.

Dengan keputusan tersebut, ia menyukarkan lagi skuad Harimau Malaya untuk meraih tiket kelayakan selepas tewas kepada Lubnan pada aksi pertama sebelum ini dan bakal bertemu Korea Utara pada saingan terakhir bagi aksi Kumpulan B.

Manakala Hong Kong meraih dua mata keseluruhan dalam tiga pertemuan termasuk bertemu Lubnan dan Korea Utara sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Piala Kelayakan Asia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan