Kafa Perlu Dipimpin Individu Berpengalaman Dalam Persatuan

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 8:50 PM

Rosmadi Ismail.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu dipimpin oleh anggotanya yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam mengemudi persatuan itu serta membantu keluar daripada kemelut kewangan yang dihadapinya.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail percaya orang dalaman persatuan itu paling layak dan mampu memimpin badan induk bola sepak negeri itu bagi penggal 2017-2021.

Untuk rekod, Tan Sri Annuar Musa telah melepaskan jawatan presiden Kafa, pada November tahun lepas dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah, memangku jawatan tersebut.

Kafa telah menetapkan Kongres Agung Tahunan ke-63 pada 17 September ini untuk memilih barisan kepimpinan baharu persatuan berkenaan.

"Bukan saya hendak menidakkan keupayaan calon-calon lain, namun itulah hakikatnya untuk menguruskan KAFA bukan tugas mudah ia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi, di sini, Rabu.

Rosmadi, yang tidak bercadang merebut jawatan presiden, berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat berapa individu termasuk ahli perniagaan dalam bidang kosmetik untuk bertanding jawatan presiden sempena kongres tersebut.

Dilaporkan antara individu bersedia menawarkan diri untuk merebut jawatan presiden termasuk usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan; pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman; Presiden Kumpulan SecretLeaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan, dan Naib Presiden Kafa, Datuk Nasir Hamzah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kafa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan