Perpindahan Coutinho Gagal Kerana Neymar

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho percaya Barcelona akan mendapatkan khidmat Philippe Coutinho pada musim panas ini sekiranya Neymar tidak berhijrah ke Paris Saint Germain (PSG).

Pengurus Manchester United itu percaya keputusan PSG untuk membelanjakan sebanyak 200 juta pound sterling terhadap bintang Brazil itu telah mengubah situasi pasaran perpindahan pemain terutamanya dari segi harga.

Susulan pemergian Neymar, Barcelona berhasrat untuk menyambar Coutinho tetapi beberapa bidaan mereka telah ditolak Liverpool.

Barcelona mendakwa Liverpool menuntut bidaan sebanyak 183 juta pound sterling terhadap pemain tengah itu.

Dan Mourinho percaya perjanjian itu akan dimuktamadkan sekiranya harga Coutinho tidak keterlaluan.

"Neymar mengubah segalanya.

"Jika perpindahan termahal dalam sejarah masih milik Paul Pogba, saya percaya Philippe Coutinho sekarang sudah menjadi milik Barcelona dengan bidaan sebanyak 101 juta pound sterling," kata Mourinho kepada The Times.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Neymar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan