Belgium Pasukan Eropah Pertama Tempah Tiket Piala Dunia - Bola Sepak | mStar

Belgium Pasukan Eropah Pertama Tempah Tiket Piala Dunia

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 7:40 AM

Lukaku menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75 sekaligus melayakkan Belgium ke Piala Dunia 2018 dengan kemenangan 2-1 ke atas Greece. - Reuters

(Ubah saiz teks)

BELGIUM menjadi pasukan Eropah pertama yang layak menyertai Piala Dunia pada tahun depan apabila Romelu Lukaku melakar kemenangan 2-1 ke atas Greece pada Ahad dengan sela masa kedua-dua gola hanya lima minit.

Belgium menjadi pasukan keenam yang menempah tiket ke perlawanan yang ditunggu-tunggu pada 2018 di samping Brazil, Jepun, Iran dan Mexico serta Russia yang secara automatik layak kerana menjadi hos.

Kemenangan itu menjadikan Belgium meraih 22 mata daripada lapan perlawanan dalam Kumpulan H, lapan di depan Bosnia yang memenangi 4-0 ke atas Gibraltar. Kedua-dua pasukan itu mempunyai dua perlawanan untuk beraksi.

Para pemenang sembilan kumpulan Eropah akan layak secara automatik dan lapan pasukan di tempat kedua akan berentap untuk mengisi lagi empat kekosongan.

Belgium telah kehilangan pemain pertahanan Vincent Kompany selepas dia mengalahkan Gibraltar ketika menang 9-0 pada Khamis sementara Eden Hazard bermula di bangku simpanan.

Greece berjaya menangkis Belgium dengan pertahanan lima orang pada babak pertama dan dua kali hampir menjaringkan gol.

Lukaku yang juga penyerang Manchester United itu kini telah menjaringkan gol kelayakan dalam dua kempen kelayakan Piala Dunia yang lalu. - Daily Mail

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku , Belgium
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan