Akhyar Perkuat B-19 Negara Ke Yangon

Diterbitkan: Sabtu, 2 September 2017 3:12 PM

Akhyar (tengah) ketika aksi Sukan SEA bertemu Myanmar minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerang muda Kedah sekali lagi diberi kepercayaan menyarung jersi negara beraksi pada Kejuaraan Bawah 18 Tahun (B-18) AFF di Yangon, Myanmar.

Muhammad Akhyar Abdul Rashid baru sahaja membantu skuad negara meraih perak pada temasya Sukan SEA (KL2017) Rabu lalu dalam skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara.

Akhyar bersama 22 lagi pemain lain terbang ke Yangon pada Sabtu bersama ketua jurulatih Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Bojan Hodak serta dua lagi pembantunya Nenad Bacina, Hairuddin Omar serta Reuben Jude Balraj (jurulatih kecergasan).

Skuad B-19 kebangsaan sebelum ini diundi berada dalam Kumpulan A bersama Laos (4 September), Singapura (6 September) dan Timor-Leste (8 September) di Stadium Aung San serta bertemu Kemboja (10 September) dan Thailand (12 September) di Stadium Thuwunna YTC.

Manakala Kumpulan B pula menampilkan Vietnam, Myanmar, Indonesia, Brunei dan Filipina. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 15 September sebelum aksi final dijadual pada 17 September 2017 di Stadium Thuwunna YTC.

Untuk rekod pencapaian terbaik skuad B-19 di pentas Asean adalah pada tahun 2003, 2005,2006 dan 2007 dengan meraih gelaran naib juara.

Pada 2009 skuad B-19 menamatkan saingan di tempat keempat dalam aksi yang berlangsung di Vietnam dan berada di kedudukan ketiga pada tahun 2011.

Dua tahun lalu, pasukan muda tewas pada saingan separuh akhir di tempat keempat.

Manakala juara bertahan bagi kejohanan ini dikuasai pasukan Australia (2006,2008,2010,2016) yang berkongsi rekod kejuaraan bersama Thailand (2002,2009,2011, 2015)  sebanyak empat kali.

Senarai penuh pemain: 

Ahmad Tasnim Fitri Nasir (Piala Belia Felda United), Azri Abdul Ghani (Piala Belia Felda United), Zahril Azri Zabri (Piala Belia Felda United), Izzuddin Roslan (Piala Belia Kuala Lumpur), Faizal Hafiq Omar (Piala Belia Kuala Lumpur), Qamarul Ariffin Norhisham (Piala Belia Kuala Lumpur), Azhar Apandi Piala (Presiden Kuala Lumpur), Nabil Hakim Bokhari (Piala Presiden Kuala Lumpur)Nik Akif Syahiran Nik Mat (Piala Presiden Kelantan), Syaiful Alias (Piala Presiden Kelantan)Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan (Piala Belia Selangor), Aiman Arip Zulkarnain (Piala Belia Selangor), Shafizi Iqmal Md Khirudin (Piala Belia Pkns FC), Shivan Pillay Asokan (Piala Belia Pkns FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Liga Premier JDT III), Zafuan Azeman (Liga Premier Perlis), Ammar Akhmall Alias (Piala FAM Felcra FC), Anwar Ibrahim (Piala Presiden Felda United), Awang Faiz Hazziq Awang Fathi  (Piala Presiden Jdt III), Akhyar Rashid (Piala Presiden Kedah), Shafiq Afifi Suhaimi (Piala Presiden PKNP FC), Nurfais Johari (Piala Presiden Pulau Pinang), Syafiq Danial Romzi (Piala Belia Terengganu).

Tags / Kata Kunci: B-19 Tahun , Bojan Hodak , Akhyar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan