FA Selangor Terima Lesen Kelab AFC/FAM

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 8:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan bola sepak Selangor akhirnya mendapat pengiktirafan selaku kelab berlesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pengumuman itu dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FA Selangor) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Rabu.

"Rasmi! FA Selangor telah menerima lesen kelab dari The Asian Football Confederation dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bagi 2018 sekali gus membolehkan Red Giants bermain di Liga Super dan Piala AFC (jika layak) musim depan," menurut kenyataan tersebut.

Bersama pengumuman itu turut dimuat naik gambar surat rasmi pengesahan bertarikh 28 Ogos 2017.

Sementara itu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turut mengesahkan pembaharuan lesen kelab dari FAM dan AFC.

"Kelab JDT telah mendapat pengiktirafan selaku Kelab Berlesen AFC. Pihak FAM dan AFC juga mengesahkan pembaharuan bagi lesen kelab JDT sekali gus melayakkan kelab ini bertanding di saingan tertinggi Asia.

"Dengan status ini, JDT layak mewakili negara dalam saingan Liga Juara-Juara AFC. Walaupun merupakan sebuah kelab baharu di negara ini, tetapi JDT menjadi pendahulu dalam menerokai saingan bola sepak di peringkat tertinggi di Asia," menurut kenyataan tersebut.

Tags / Kata Kunci: FA Selangor , FAM , AFC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan