Arsenal Tolak Tawaran Man City - Bola Sepak | mStar

Arsenal Tolak Tawaran Man City

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Arsenal telah menolak tawaran 50 juta pound yang dibuat pesaing Liga Perdana, Manchester City ke atas pemain kelahiran Chile, Alexis Sanchez.

Perkara itu dimaklumkan kelab London itu pada Selasa.

Sebelum ini, media Britain mengaitkan Snachez dengan perpindahan dengan pasukan Pep Guardiola sebagai pertukaran untuk pemain England, Raheem Sterling.

"Tiada bidaan rasmi tetapi boleh dikatakan jumlah yang ditawarkan itu telah ditolak. Tiada pemain terlibat," kata jurucakap Arsenal.

Tempoh perpindahan yang bakal berakhir Khamis dan media negara berkenaan telah melaporkan perjanjian dengan pemain Chelsea untuk mendapatkan Alex Oxlade-Chamberlain telah ditamatkan.

Bagaimanapun Arsenal berkata, perbincangan dengan pemain tengah England berusia 24 tahun itu tidak mencapai kata putus.

"Tiada perkembangan terbaharu dalam perbincangan dengannya," kata jurucakap itu.- Reuters

Tags / Kata Kunci: Sanchez , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan