Liverpool Setuju Lepaskan Coutinho - Bola Sepak | mStar

Liverpool Setuju Lepaskan Coutinho

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 8:59 PM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL dilaporkan bersetuju untuk berunding dengan Barcelona mengenai perpindahan Philippe Coutinho selepas maklum balas positif antara pemilik kelab, Fenway Sports Group dan wakil pemain Brazil itu.

Menurut laporan, Liverpool akan mendapatkan pengganti Coutinho sebelum jendela perpindahan pemain ditutup Khamis ini.

Kemudian Coutinho akan dibenarkan berhijrah ke Camp Nou dengan perpindahan bernilai 150 juta euro.

Liverpool mahu mendapatkan pengganti Coutinho sebelum pemain berusia 25 tahun itu angkat kaki bagi mengelak mengeluarkan belanja lebih besar.

Barcelona mengesahkan telah memuktamadkan perpindahan Ousmane Dembele pada Jumaat dengan bidaan 105 juta euro.

Dembele baharu sahaja menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund pada Mei lalu bernilai 15 juta euro.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Liverpool
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan