Conte Terkejut Belgium Panggil Hazard

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte mengakui dia terkejut dengan keputusan Belgium memilih Eden Hazard dalam skuad mereka untuk aksi kelayakan Piala Dunia.

Hazard masih belum beraksi untuk Chelsea musim ini selepas mengalami pembedahan di buku lalinya, kecederaan yang diperolehi ketika mewakili Belgium pada Jun lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu turut tidak akan diturunkan ketika menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

"Saya amat terkejut dengan keputusan itu. Saya menghormati keputusan yang dibuat jurulatih.

"Jika Hazard belum bersedia, dia tidak akan beraksi, oleh itu dia tidak diturunkan. Saya fikir satu-satunya pemain yang belum cergas adalah Hazard.

"Petang ini dia beraksi bersama skuad bawah 23 tahun tetapi dia tidak cergas. Pemain lain sedia untuk beraksi.

"Sejujurnya saya bertemu dengannya setiap hari. Dalam situasi ini penting untuk kita beri masa kepada pemain untuk pulih sepenuhnya.

"Hazard adalah pemain penting dan jika seseorang berfikir untuk mempercepatkan proses itu, saya rasa cara itu tidak betul. Kita perlu memberi tumpuan untuk tidak melakukan kesilapan besar," katanya.

Belgium akan bertemu Gibraltar dan Greece pada minggu depan dan pengurusnya, Roberto Martinez akan memantau tahap kecergasan Hazard, Isnin ini.

"Kami mempunyai hubungan luar biasa dengan Chelsea. Saya tidak lihat sebarang masalah. Kami memerlukan Eden sebagai pemain dan juga manusia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Belgium

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan