EPL: Manchester City Tundukkan Bournemouth 2-1

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 10:46 PM

Manchester City menang ke atas Bournemouth 2-1 pada perlawanan hari ketiga Liga Perdana Inggeris, tengah hari Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BUAT kali kedua dalam tempoh enam hari, Raheem Sterling menyelamatkan Manchester City daripada persembahan tidak memberansangkan dengan menunjukkan aksi yang mengujakan.

Setelah menentang Everton pada Isnin dengan jaringan gol pada minit ke 82, satu tendangan padu yang dilakukan kurang tujuh minit daripada waktu tamat permainan pada petang Sabtu membuahkan kemenangan buat pasukan itu sekaligus menyelamatkan City daripada keputusan seri yang memalukan.

Bintang dari Jamaica yang menjaringkan gol pada minit ke-97 itu kemudiannya diraikan oleh rakan pasukannya selepas bertarung dalam perlawanan yang amat mendebarkan.

Sterling  turut dilayangkan kad kuning kedua kerana meraikan tendangan itu secara berlebihan dengan penyokong pasukan tersebut. Layangan kad itu dianggap sebagai keputusan juri yang tidak masuk akal.

Sementara itu, gol yang dijaringkan oleh Charlie Daniels untuk Bournemouth pada minit ke-13 bagi meletakkan pasukannya di depan boleh dianggap sebagai yang terbaik untuk musim ini. Ia sangat cemerlang jika dipandang pada kekuatan dan sudut hantaran bola yang tidak masuk akal.

Namun, City tidak memberi laluan mudah dan menyamakan kedudukan dengan pantas pada minit ke-20. Gabriel Jesus sebagai penyerang tunggal menjaringkan gol itu selepas Sergio Aguero digugurkan dengan tiba-tiba.

City pada awalnya kelihatan mudah ditundukkan gara-gara kegagalan Fernandinho mencari rentak pada awal perlawanan dan keadaan iklim mikro, namun pasukan itu tidak mudah mengalah.

Tiada pilihan lain buat mereka selain membuat hantaran silang atau mengeluarkan bola.

Bournemouth pula sebenarnya berpeluang menjaringkan gol kedua apabila Jermain Defoe menguasai bola tetapi gagal menghantar tendangan lari daripada Ederson. - Mail Online

 


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan