Sah Dembele Ke Barcelona!

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 7:10 AM

Ousmane Dembele. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BARCELONA telah bersetuju dengan terma-terma perpindahan  untuk mendapatkan penyerang Ousmane Dembele bersama Borussia Dortmund dan ia kini tertakluk kepada keputusan ujian kesihatannya.

Barca akan membayar yuran awal sebanyak €105 juta dan Dortmund mengesahkan bahawa nilai tambahan akan menyaksikan kenaikan yuran sebanyak 40 peratus, menjadikan perjanjian itu berpotensi bernilai €147 juta.

Pemain antarabangsa Perancis, Dembele, 20, bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain Neymar yang berhijrah ke Paris Saint-Germain pada nilai €222 juta yang mana klausa pelepasan penuh dibayar untuk pemain dari Brazil itu awal musim panas ini sekali gus mencatatkan bayaran pemindahan terbesar dalam sejarah.

Barcelona berkata kontrak lima tahun Dembele akan menandakan klausa pelepasan yang lebih tinggi sebanyak €400 juta.

Bayaran awal €105 juta menyamai perpindahan Paul Pogba ke Manchester United dari Juventus pada musim panas lepas sebagai pemain kedua paling mahal di Eropah.

"Dembele memberikan kami pelebaran , sesuatu yang kami hilang dan kami perlukan," kata jurulatih Barcelona, ​​Ernesto Valverde dalam satu sidang berita.

"Dia boleh bermain di sebelah kiri atau kanan, malah di bahagian tengah, dia pantas dan dia secara teknikalnya bagus, kami harap dia akan memberikan kekuatan yang lebih banyak kepada pasukan. Kami sangat teruja dapat memilikinya."

Ditanya mengenai perbezaan antara Dembele dan Neymar, Valverde hanya berkata: "Perbezaannya adalah seorang bersama dengan kami dan seorang lagi tidak."

Dortmund menggantung Dembele awal bulan ini selepas dia tidak hadir latihan ketika dirinya dikaitkan dengan minat dari Barcelona, tetapi kelab Bundesliga itu terus berkeras bahawa dia hanya dibenarkan keluar jika kelab La Liga tersebut memenuhi tuntutan mereka.

Kejayaan terakhir termerai pada Khamis apabila Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund Hans-Joachim Watzke dan pengarah sukan Michael Zorc bertemu dengan presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, eksekutif sukan Oscar Grau dan pengarah Raul Sanllehi di Monaco.

Barcelona kemudian mengumumkan perjanjian di Twitter pada hari Jumaat.

Kenyataan Dortmund berkata beberapa langkah perlu dilakukan sebelum Dembele secara rasmi dianggap pemain Barcelona.

"Urusan rasmi pemindahan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada kejayaan pemeriksaan perubatan pemain di FCB, pemain menandatangani perjanjian penamatan dengan BVB, persetujuan mengenai syarat peribadi pemain FCB serta perpindahan disepadankan dan diberi kuasa selaras dengan peruntukan Sistem Pemadanan Pemindahan Fifa (FIFA TMS) pada 31 Ogos, 2017 (akhir perpindahan musim panas Fifa 2017) paling terkini."

Sekiranya semuanya berjalan seperti yang dirancang, Dembele sepatutnya sudah mampu menyesuaikan diri dengan Barcelona dalam perlawanan pertama mereka pada 9 September melawan Espanyol.

Tahun lalu, Dortmund menyaksikan persaingan dari kelab termasuk Barcelona, ​​Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Bayern Munich untuk menandatangani Dembele dari Rennes untuk bayaran dilaporkan €15 juta.

Dembele menjaringkan 10 gol dan 21 assist pada musim lalu tetapi menyatakan kekecewaannya terhadap pemergian jurulatih Thomas Tuchel.

"Thomas sentiasa ada untuk saya dan banyak mengajar saya," kata Dembele kepada Sky Germany, Jun.

"Dia seorang jurulatih yang sangat baik yang mana saya mempunyai banyak saat indah dengannya."

Tuchel menggunakan Dembele di bahagian sayap terutamanya tetapi kadang-kadang beroperasi dalam peranan yang lebih penting untuk membawa unsur kejutan dalam permainan Dortmund. -BBCSport

Tags / Kata Kunci: Ousmane Dembele , Barcelona

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan