'Pak Lawak' Chelsea Terus Hiburkan Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

PEMINAT Chelsea sekali lagi terhibur dengan pemain dari Brazil kegemaran mereka, apabila David Luiz bermain sebagai penjaga gol semasa sesi latihan.

Pemain berusia 30 tahun itu telah diletakkan di bahagian tengah, bukan posisi biasanya ketika Chelsea menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu dan kini dia cuba memainkan peranan sebagai penjaga gawang pula.

Berdiri dengan sabar di tepi tiang gol ketika penjaga gawang berlatih, pemain pertahanan yang 'nakal' itu dilihat telah membuat permintaan untuk menunjukkan kehebatannya di depan gawang.

Permintaannya itu dituruti, dengan penjaga gol baharu Willy Caballero menjemputnya untuk berdepan dengan mesin yang memasukkan bola secara pantas ke dalam gol.

Rakaman aksi lucu itu telah dimuat naik ke akaun Instagram kelab.

@davidluiz_4 fancied a quick go in goal during training... 😂 #GeezerInGoal #CFC #Chelsea

A post shared by Chelsea FC! 🏆 (@chelseafc) on

Luiz dengan yakinnya berdiri di depan gawang sebelum bola datang sepantas kilat di kepalanya dan membolosi gawang.

Terkejut dengan bola laju tersebut, dia terus berlari menyelamatkan diri di luar pintu gol.

Lebih daripada 350,000 orang telah melihat klip itu sejak ia dimuat naik, dan ia jelas membuatkan peminat terhibur.

"Putera badut Chelsea selamanya," kata seorang penyokong.

"Semangat dan komedi lelaki ini betul-betul 'sama naik'."

Seorang lagi menulis: "Bola itu benar-benar terbang pantas, sesi penjaga gol tidak begitu mudah."

"Suka lelaki ini," kata seorang lagi penyokong.

Tags / Kata Kunci: David Luiz , penjaga gol

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan