Kedah Diharamkan Sertai Piala AFC?

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 11:47 AM

Pemain Kedah bergambar bersama selepas Sandro Da Silva (dua, kanan) berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super 2017 antara Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman pada Julai lalu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

PEMENANG Piala FA Malaysia, Kedah sedang kesuntukan masa untuk mengelak daripada dikecualikan bagi menyertai Piala AFC pada tahun depan selepas gagal melunaskan bayaran kepada bekas jurulatih, David Mitchell (gambar).

Bekas pemain Australia itu membawa kesnya ke Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa (Fifa) selepas Kedah gagal membayar sebanyak 100,000 Dollar Amerika (RM427,000) sebagai pampasan kepada pemecatannya.

Fifa berpihak kepada bekas penyerang Selangor yang berusia 55 tahun itu. Namun, Kedah masih belum membuat sebarang bayaran walaupun peguam sudah mengemukakan tuntutan itu bagi pihak Mitchell.

Tarikh akhir untuk melakukan pembayaran itu turut ditetapkan oleh wakil undang-undang jurulatih tersebut.

Kelewatan berbuat demikian akan memberikan risiko buat Kedah kerana Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan agar kelab yang menyertai pertandingan anjurannya mempunyai kestabilan kewangan.

Semua bayaran yang tertunggak hendaklah diselesaikan sebelum 31 Ogos dan pada masa semua peraturan lain turut dipenuhi bagi membolehkan mereka bertanding dalam Piala AFC.

"Kami cuba membayar David melalui wakilnya pada bulan lalu," kata setiausaha pasukan Kedah, Datuk Aminuddin Omar kepada ESPN FC.

"Kami sedar akan arahan Fifa untuk membayar kepadanya, tetapi terdapat beberapa isu transaksi kepada wakilnya.

"Kami masih berhutang kepadanya gaji selama enam bulan dan berhasrat untuk bayar segala tunggakan," katanya.

Aminuddin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bila bayaran tersebut akan selesai dibuat.

Tags / Kata Kunci: David Mitchell

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan