Perpindahan Dembele, Barca Belum Beri Kata Putus - Bola Sepak | mStar

Perpindahan Dembele, Barca Belum Beri Kata Putus

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

BORUSSIA Dortmund berkata pada Jumaat tiada keputusan dicapai berhubung perpindahan Ousmane Dembele ke Barcelona.

"Kami telah menetapkan tarikh akhir kepada Barcelona dan sama ada sesuatu berlaku atau sebaliknya," kata seorang jurucakap Dortmund.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan pada Khamis bahawa Barcelona bersetuju dengan bayaran perpindahan terhadap Dembele ke Sepanyol.

Khabar angin itu sekali gus menamatkan teka-teki berhubung masa depan pemain berusia 20 tahun itu yang digantung tidak bertali oleh kelab Bundesliga tersebut.

Menurut laporan itu, Barcelona sanggup membayar 120 juta pound sterling kepada Dortmund atau sehingga 150 juta pound sterling bergantung kepada bonus prestasi.

Ia menjadikan bidaan tersebut sebagai bayaran kedua tertinggi setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Ousmane Dembele
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan