Gagal Bayar Nafkah, Roberto Carlos Ke Penjara

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 12:04 PM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Bekas pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos dijatuhi hukuman penjara kerana gagal membayar nafkah anak, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim sebuah mahkamah keluarga di sini, mendapati Carlos, 44, gagal melunaskan pembayaran nafkah sebanyak 61,000 reais (kira-kira US$20,000) kepada bekas isteri Barbara Thurler.

Bekas pemain sensasi itu mempunyai sembilan anak, dua daripadanya hasil perkongsian hidup dengan Thurler.

Hakim Mayane de Castro berkata, keluarga bekas isteri menolak cadangan Carlos untuk membayar jumlah tunggakan secara ansuran.

Bagaimanapun menurut peguam Fernando Pittner yang mewakli Carlos, perkara itu boleh diselesaikan tanpa memerlukan anak guamnya masuk penjara.  Carlos, yang pernah beraksi sebanyak 125 kali dengan pasukan kebangsaan Brazil, kini menetap di Sepanyol dan menjadi duta untuk kelab bola sepak Real Madrid.

Tags / Kata Kunci: Roberto Carlos , Brazil , Real Madrid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan