Kalah 2-1, Nelo Vingada Kenal Pemain Harimau Malaya

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 9:36 AM

(Ubah saiz teks)

KEKALAHAN 1-2 skuad Harimau Malaya kepada Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kategori A di Stadium Hang Jebat membuatkan Nelo Vingada lebih mengenali pemain negara.

Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, setelah menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan perlawanan persahabatan menentang Syria, beliau mula mengenalpasti kemampuan pemain untuk membentuk sebuah pasukan lebih baik.

"Urusan mengenali kemampuan pemain kini telah mencapai 90 peratus, oleh itu juga saya telah dapat bayangan untuk membariskan kesebelasan utama ketika kita menentang Hong Kong pada 5 September nanti.

"Walaupun tewas dalam perlawanan menentang Syria, namun mereka telah bermain dengan penuh keyakinan untuk cuba mengecewakan lawan.

"Saya berpuas hati dengan aksi mereka setakat ini, cuma beberapa kesilapan di bahagian tengah yang perlu dibaiki selepas ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Vingada menambah, kehadiran beberapa pemain muda yang sedang berkhidmat untuk skuad Sukan SEA akan memantapkan lagi pasukan Harimau Malaya selepas ini.

"Apa yang penting, semua pemain perlu meningkatkan prestasi mereka dan beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk menang.

"Saya tidak peduli sama ada pemain itu daripada Liga Perdana atau sebaliknya kerana apa yang penting mereka perlu buktikan kemampuan masing-masing untuk Malaysia," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Harimau Malaya , Syria

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan