Chelsea Buru Dua Pemain Leicester

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea masih belum berputus asa bagi memburu penyerang untuk menggantikan Diego Costa yang mahu meninggalkan kelab itu.

Terbaharu, kelab London tersebut dilapor sedia membida penyerang berbisa Leicester City, Jamie Vardy yang menempa nama sebagai pemain berporfil tinggi sejak dua musim lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan 24 gol ketika membantu Leicester City menjulang kejuaraan liga kira-kira 15 bulan lalu dan musim lepas dia menyumbang 13 gol.

Usia dan harga Vardy menjadi perbincangan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia untuk memastikan operasi kelab itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah kewangan.

Granovskaia dan pengurus Chelsea, Antonio Conte sudah mengadakan siri perbincangan pada musim ini berhubung sasaran perpindahaan selepas pemilik kelab itu, Roman Abramovich memberi kepercayaan mereka berdua.

Granovskaia percaya bahawa terdapa nilai yang lebih penting untuk menandatangani sama ada pemain muda atau tua berbanding mengeluarkan belanja besar bagi mendapatkan pemain bintang.

Chelsea setakat ini sudah menghabiskan belanja sebanyak 70 juta pound sterling untuk Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko (70 juta pound sterling) dan Antonio Rudiger (31 juta pound sterling).

Chelsea turut mendapat khidmat penjaga gol, Willy Caballero secara percuma.

Selain Vardy, seorang lagi pemain Leicester, Danny Drinkwater turut dilaporkan semakin hampir ke Stamford Brigde dengan nilai perpindahan 30 juta pound sterling. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan