Barcelona 'Umum' Pembelian Angel Di Maria

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mencetuskan panik dalam kalangan penyokongnya apabila 'mengumumkan' pembelian pemain Paris St-Germain (PSG), Angel Di Maria menerusi laman sosialnya.

Pengumuman itu berbunyi "Selamat Datang Angel Di Maria ke FC Barcelona!" yang disiarkan menerusi laman Facebook dan Twitter pada Rabu.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, kelab Sepanyol itu mendakwa bahawa akaun sosial kelab tersebut telah digodam.

"Akaun Barcelona digodam dan masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin.

"Terima kasih atas kesabaran anda," kata kenyataan kelab itu.

Kes penggodaman itu berlaku kurang 24 jam selepas Bercelona mengumumkan untuk menyaman bekas pemain mereka, Neymar Jr kerana melanggar kontrak dan berhijrah ke PSG. - The Telegraph


Tags / Kata Kunci: Barcelona

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan