Ini Sebab Arsenal Gagal Menyerlah

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dijangka gagal untuk menjadi empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris pada musim ini, sekali gus boleh melupakan saingan juara liga, demikian kata seorang penganalisis kelab London tersebut.

John Cross yang juga merupakan ketua penulis sukan bola sepak untuk portal Mirror, berkata, semua kegagalan itu disebabkan oleh kelab Arsenal sendiri.

Susulan kekalahan mengejut 0-1 kepada Stoke City pada minggu lalu, Cross mendedahkan masalah yang dihadapi Arsenal pada musim ini walaupun baru dua perlawanan berlangsung.

Jelasnya, tiada perbezaan ketara yang dapat dilihat pada skuad Arsenal kali ini.

"Anda boleh merasakanya kerana kelab ini masih memiliki pengurus yang sama, pemain yang sama dan tidak mendapatkan ramai pemain baharu.

"Kemasukan pemain baharu pada musim lalu tidak menjadi dan masih menjadi masalah.

"Perubahan yang besar perlu dilakukan tetapi ianya tidak berlaku. Untuk Arsenal, saya rasa mereka sukar untuk menempatkan diri sebagai empat pasukan teratas.

"Arsenal bermain dengan baik ketika menentang Stoke City dan mampu memenangi perlawanan itu, tetapi mereka mempunyai musuh terburuk yang perlu dihadapi sendiri.

"Saya fikir tidak banyak perubahan dalam kelab ini, begitu juga dengan barisan jurulatih.

"Menandangani seorang pemain pertahanan secara percuma dan seorang penyerang tidak akan menjadikan Arsenal sebagai pencabar kejuaraan," katanya. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Arsenal , John Cross

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan