Peringatan Annuar Buat Bakal Presiden Kafa

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 9:43 AM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa telah meninggalkan pesanan kepada individu yang bakal menerajui badan induk tersebut.

Annuar berkata, beliau lega apabila ramai yang tampil dan menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah ditinggalkannya itu.

"Saya harap akan ada lagi yang tampil. Lebih ramai lebih baik.

"Cuma perlu saya peringatkan sesiapa yang mahu memimpin Kafa perlulah benar-benar meminati sukan itu dan bukan sekadar memikirkan publisiti dan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, Selasa.

Kenyataan ini dibuat selepas Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim pada Isnin menawarkan diri untuk menjadi presiden demi melihat perubahan kepada Kafa dan pasukan negeri kelahirannya sendiri.

Syarikat ini juga mempunyai pengalaman sebagai salah satu penaja The Red Warriors (TRW) sebelum ini.

Dalam pada itu Annuar turut mengingatkan tentang bajet dan tanggungjawab besar individu yang menggalas peranan seorang presiden.

"Perlu diketahui tanggungjawab Kafa tidak hanya pada pasukan TRW, tapi juga The President Warriors (TPW), The Young Warriors (TYW), ahli gabungan, futsal, bola sepak wanita,kejurulatihan, pengadil dan lain-lain lagi.

"Untuk mengendalikan semua itu Kafa memerlukan bajet tahunan tidak kurang dari RM12 juta atau kira-kira RM1.0 juta sebulan.

"Saya percaya tokoh-tokoh yang menawarkan diri mampu melaksanakan tanggungjawab itu," katanya.

Sebelum ini, Kafa membuat tawaran secara terbuka kepada mana-mana individu berwibawa yang mahu memimpin badan induk itu dan pemilihan akan dibuat pada Kongres Agung Tahunan Kafa Ke-63 pada pertengahan September ini.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , presiden Kafa , Secretleaf

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan