"Hari Ini Saya Lihat Pejuang" - Conte

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 7:49 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS kecundang di tangan Burnley pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, Chelsea bangkit menundukkan Tottenham Hotspur 2-1, Ahad.

Dengan kemenangan itu pengurusnya, Antonio Conte kini boleh menarik nafas lega dan memuji persembahan mantap anak buahnya.

"Saya fikir saya sepatutnya bergembira. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana mereka menunjukkan keinginan yang tinggi untuk menang dan pada hari ini saya lihat sekumpulan pejuang," katanya.

Lebih menggembirakan Conte apabila kemenangan itu dilakar tanpa kelibat Cesc Fabregas dan Gary Cahill sekali gus memberi peluang kepada Tiemoue Bakayoko untuk melakukan penampilan sulung.

Turut diturunkan Andreas Christensen untuk memperkukuhkan benteng pertahanan Chelsea.

Namun aksi David Luiz dan Marcos Alonso yang lebih menonjol.

Alonso muncul wira Chelsea apabila meledak dua gol untuk memberikan kemenangan kepada juara musim lalu itu.

Spurs memperoleh gol tunggal menerusi kesilapan dilakukan pemain gantian Chelsea Michy Batshuayi yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Conte sekali lagi menegaskan pasukan itu berusaha untuk memperkukuhkan skuad dengan kehadiran tiga muka baharu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

"Bagi kami fokus amat penting ketika ini. Kami tahu banyak pasukan lain menunjukkan peningkatan berbanding musim lalu.

"Kelab cuba melakukan yang terbaik dalam pasaran perpindahan tetapi hari ini saya berpuas hati dengan pemain saya kerana mereka sudah memberikan segalanya," kata Conte.

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan