Kedah Kembali Turun Padang

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 2:57 PM

Foto kredit: Kedah FA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Liga Malaysia bercuti panjang bagi memberi laluan kepada aksi Sukan SEA (KL2017), namun tidak bagi skuad Helang Merah.

Selepas 17 diberi cuti rehat, pemain mula kembali ke padang menjalani latihan kecergasan bagi memastikan momentum kekal sebelum menyambung kembali baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Jelas ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff sesi latihan dijalankan tanpa 12 pemain yang kini dalam skuad kebangsaan.

Justeru itu, sesi latihan hanya tertumpu kepada kecergasan.

"Pasukan tak ada pemain. Lima dalam skuad Sukan SEA, manakala tujuh lagi bersama pasukan kebangsaan. Selain itu, tiga pemain lain berdepan kecederaan,"ujarnya mengenai perkembangan terkini skuad Lang Merah.

Dalam pada itu, Mohd Nidzam Adzha berpesan kepada pemain-pemainnya yang berada dalam skuad kebangsaan supaya terus melakukan yang terbaik.

"Bagi skuad Bawah 22 Tahun, saya berharap mereka dapat bermain dengan baik sehingga mencapai sasaran pingat kerana bukan senang untuk mendapat pingat pada Sukan SEA.

"Manakala bagi pemain yang berada dalam pasukan kebangsaan, rebutlah peluang untuk bermain dalam barisan utama bagi perlawanan persabahatan gred A," jelasnya.

Dalam pada itu, pasukan Kedah kini dalam misi mengekalkan kedudukan kedua liga dengan tiga baki perlawanan.

Kedah kini mengumpul 34 mata, diikuti rapat pasukan Pahang (33) dan Felda 30 mata.Mereka bakal memulakan saingan bertemu Felda United pada 20 September diikuti Sarawak (27 Sept) dan Felda United tiga hari kemudian.

"Tiada pilihan dalam tiga baki perlawanan. Semua wajib menang," tegasnya.

Skuad Kedah juga akan bersaing Kelantan pada 9 September ini dalam aksi suku akhir Piala Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Pasukan Kedah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan