Keane Dedah Punca Tinggalkan Manchester United

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

ROY Keane dedah punca dia meninggalkan Manchester United pada tahun 2005.

Bekas pemain tengah United itu memberitahu, dia meninggalkan kelab selepas membuat rayuan denda sebanyak 5,000 pound (RM27,534) yang diterima daripada MUTV.

Keane didenda selepas membuat kritikan mengenai persembahan United yang tewas 4-1 kepada Middlesbrough pada tahun 2005 ketika ditemu ramah oleh MUTV.

Dan Keane menegaskan bahawa keputusan meninggalkan kelab bukan disebabkan apa-apa masalah dengan pengurus ketika itu, Sir Alex Ferguson, sebalik disebabkan denda tersebut.


"Hanya satu sebab saya meninggalkan Man United, iaitu membuat rayuan denda £5,000. Jika saya tidak membuat rayuan itu, saya tidak akan meninggalkan Man United, " jelasnya kepada Limerick Leader.

"Jangan terpedaya dengan propaganda dan penipuan.

"Saya membuat rayuan kerana saya tidak patut didenda untuk bercakap mengenai perlawanan di stesen tv kelab itu."

Pemain kelahiran Ireland itu meninggalkan United dengan persetujuan bersama pada November 2005, selepas dua minggu ditewaskan Middlesbrough.

Keane menyertai Celtic selepas itu.

Bagaimana pun, Keane mengakui dia tidak berasa terkilan dengan kelakuannya ketika berada di Old Trafford.

"Man United mendenda saya sebanyak 500,000 pound sepanjang karier di sana, tetapi ia disebabkan saya dihalau keluar padang dan selalu mengangkat tangan.

"Ironinya, apabila saya merayu apabila didenda 5,000 pound dan ketika itulah saya tinggalkan kelab. Saya harap mereka menayangkan video itu, ia adalah propaganda, 'kita perlu musnahkannya'."

Keane hanya menyarung jersi Celtic selama satu musim 2005-06 dan bersara selepas itu.

Tags / Kata Kunci: Roy Keane , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan