Sasaran Utama Chelsea, Liverpool Kini Di London - Bola Sepak | mStar

Sasaran Utama Chelsea, Liverpool Kini Di London

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 7:41 AM

(Ubah saiz teks)

KHABAR angin pertahanan Southampton, Virgil van Dijk bakal berhijrah ke Chelsea semakin bertiup kencang selepas dia dilihat berada di London pada Rabu.

Pemain kebangsaan Belanda itu begitu terdesak meninggalkan The Saints dan telah menyerahkan permohonan untuk berpindah ke kelab lain hujung minggu lalu.

Malah, Liverpool turut yakin mereka boleh mendapatkan khidmat bekas pemain Celtic itu tetapi hubungan dengan Southampton dilaporkan dingin.

Susulan itu, Southampton tidak berminat mengadakan rundingan dengan The Reds.


Pengurus Chelsea, Antonio Conte pula mahu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga pemain baharu untuk memantapkan pasukan dan Van Dijk adalah sasaran utamanya.

Pemilik akaun Instagram @Philipuby memuatnaik beberapa gambar bersama Van Dijk beberapa hari lalu dan mengesahkan dia berada di London pada Rabu.

Gambar itu ditulis dengan kapsyen 'big dog' selain turut meletakkan London sebagai lokasi gambar tersebut diambil.

Tags / Kata Kunci: Virgil van Dijk , Chelsea , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan