Sukan SEA: Talian Hayat Berhasil

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

TALIAN hayat yang digunakan pengendali skuad negara ketika Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Singapura pada aksi Kumpulan A Sukan SEA berjaya membuahkan hasil memberangsangkan.

Datuk Ong Kim Swee berkata, kebuntuan aksi anak didiknya pada babak pertama tidak memberikan banyak pilihan untuk beliau melakukan perubahan selain pertukaran pemain.

Menurutnya, selain aksi tidak memuaskan, kecemerlangan lawan dan tekanan  yang diberikan membuatkan beliau perlu berfikir dengan pantas untuk melakukan perubahan yang mampu membawa kebangkitan.

"Saya tidak ada banyak pilihan kecuali merehatkan Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan N Thanabalan pada separuh masa pertama kerana mereka telah beraksi pada banyak perlawanan domestik  dan antarabangsa sebelum Sukan SEA, manakala Thanabalan pula masih dibelenggu kecederaan.

"Ketinggalan satu gol pada minit ke-37 juga telah menambah keyakinan barisan pemain Singapura untuk meningkatkan prestasi mereka untuk beraksi lebih baik untuk memberi tekanan kepada kita.

"Dengan pilihan yang ada, kita berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-67 menerusi Nor Azam Azih. Gol ini telah meningkatkan semula semangat dan moral pemain.

"Susulan daripada itu Thanabalan pula berjaya menjalankan tugasnya dengan baik untuk menjaringkan gol kedua yang memberikan tiga mata kepada kita." katanya.

Kim Swee menambah, kemenangan itu turut membuatkan beliau dan pegawai pasukan dapat menarik nafas lega kerana misi pertama untuk melangkah ke separuh akhir hampir tercapai.

Beliau turut teruja dengan kebangkitan yang dipamerkan pemain negara kerana tidak mudah menyerah kalah dan konsisten untuk mendapatkan kemenangan.

"Kehadiran penyokong yang tidak henti memberi sokongan turut menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk mereka mendapatkan kejayaan.

Tags / Kata Kunci: Singapura , Malaysia , KL2017 , Sukan SEA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan