Trofi Piala Super Sepanyol Milik Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 7:21 AM

Marco Asensio meraikan gol jaringannya.

(Ubah saiz teks)

REAL MADRID menjulang trofi Piala Super Sepanyol buat kali ke-10 selepas menundukkan Barcelona 2-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.

Pasukan tuan rumah menang dengan agregat 5-1.

Marco Asensio meletakkan Real di depan menerusi percubaan dari jarak 30 meter seawal minit keempat.

Real terus mendominasi perlawanan apabila Karim Benzema meledak masuk gol kemenangan pada minit ke-39.

Barcelona cuba merapatkan jurang gol tetapi percubaan Lionel Messi dan Luis Suarez sedikit tersasar.

Dalam perlawanan itu, Cristiano Ronaldo tidak diturunkan manakala Gareth Bale duduk di bangku simpanan.

Ronaldo duduk di ruang privasi khas.

Ronaldo digantung lima perlawanan selepas menolak pengadil manakala Bale sekadar memanaskan bangku simpanan bagi memberi peluang kepada Asensio untuk beraksi.

Pemain kelahiran Portugal itu, Ronaldo sekadar menyaksikan perlawanan itu dengan duduk di ruang privasinya di dalam Santiago Bernabeu.

Meskipun ketiadaan dua tonggak utama ini, Real Madrid tidak berdepan sebarang masalah untuk menjinakkan Barca.

Sebaliknya, Barca perlu mencari pemain alternatif untuk memperkukuhkan pasukan The Catalan itu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Ini bermakna, mereka perlu memuktamadkan pemain dalam radar iaitu, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele secepat mungkin.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Piala Super Sepanyol

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan