Arsenal Tolak Bidaan £44 Juta - Bola Sepak | mStar

Arsenal Tolak Bidaan £44 Juta

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL menolak bidaan bernilai £44 juta daripada Manchester City untuk mendapatkan bintang kelab itu.

Perkara itu disahkan oleh penasihat Alexis Sanchez yang telah melakukan perbincangan mengenai terma peribadi pemain berkenaan dengan City.

Selain City, Sanchez juga menjadi perhatian Paris Saint-Germain (PSG) untuk digandingkan dengan Neymar.

"Bidaan terakhir Manchester City ialah sebanyak £44 juta, tetapi ditolak.

"Tetapi sekarang, kelab berkenaan sedang melakukan persediaan untuk bidaan baru jika mereka berjaya mempengaruhi individu di Arsenal," lapor akhbar Chile, El Mercurio.

Sanchez yang disisihkan Arsenal ketika ini mempunyai baki kontrak selama setahun lagi.

Berikutan itu, Arsenal bakal berputih mata jika tidak menjualnya musim ini.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Manchester City , Alexis Sanchez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan