Cita-Cita Besar Penjaga Gol Negara

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol pasukan bola sepak wanita negara ingin menyertai kelab luar negara bagi menimba pengalaman sekiranya diberi peluang satu hari nanti.

Walaupun baru berusia 17 tahun, Nurul Azurin Mazlan mempunyai perwatakan matang dan seorang bercita-cita tinggi dan tahu apa yang diingini dalam hidupnya.

Mengetepikan pandangan sesetengah pihak yang berpendapatan wanita tidak sesuai bermain bola sepak, Azurin tampil membuktikan sebaliknya.

Dengan bola sepak juga, telah menjadikan Azurin seorang yang berdisiplin dalam mencapai impiannya untuk bergelar penjaga gol wanita terbaik di peringkat tertinggi.

Menceritakan detik permulaan bergelar pemain bola sepak, Azurin mendedahkan semuanya bermula di rumah.

"Saya mula bermain bola sepak sejak berusia 10 tahun secara suka-suka. Pada usia 12 tahun saya bermain di kelab Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah bimbingan Annuar Abu Bakar.

"Ketika kelab menyertai Kejohanan 1MCC Bawah 14 Tahun kami bergelar juara. Pada 2014 saya bermain untuk pasukan kebangsaan B-14 dan beraksi di Vietnam. Dua tahun kemudian saya pergi ke Weifang, China.

"Pada usia 16 tahun saya dipanggil dalam skuad senior. Dan Sukan SEA ini adalah perlawanan besar pertama untuk skuad kebangsaan," ujarnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.


Mengenai posisi penjaga gol, Azurin memberitahu sejak awal menceburi diri dalam bola sepak, penjaga gol sudah menjadi miliknya.

"Dulu, mula-mula main dengan budak lelaki, saya terus jadi penjaga gol. Semangat nak teruskan semakin tinggi. Bermain dengan 'team' mereka bukan mudah nak masuk 'first eleven' (kesebelasan utama). Jadi selepas terpilih menyertai pasukan mereka (lelaki) saya teruskan menjadi penjaga gol sehinggalah sekarang.

"Bagi saya juga, ukuran ketinggian tidak menjadi masalah kerana ia dijadikan penambah semangat untuk buktikan yang lebih baik. Setakat ini saya dapat mengatasinya dengan baik," jelas anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini.

Azurin yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mengakui tahun ini merupakan saat penting dalam karier sebagai pemain bola sepak serta tanggungjawabnya bergelar pelajar sekolah.

"Saya bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga, guru dan kawan-kawan, Walaupun sibuk menjalani latihan, saya tidak mengabaikan kerja-kerja sekolah dan sentiasa menghubungi cikgu untuk untuk rujukan mata pelajaran sekolah.

"Saya kekalkan fokus dengan belajar sendiri dan berharap semuanya berjalan lancar. Selepas itu jika ada peluang saya ingin meneruskan pelajaran dalam bidang kedoktoran memandangkan sekarang saya mengambil aliran sains tulen di Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)," jelasnya yang menjadikan penjaga gol Barcelona, Marc-André ter Stegen sebagai idolanya.


Pemain Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 ini juga berharap impiannya untuk membantu pasukan negara meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa temasya KL2017 akan tercapai.

Skuad bimbingan Mohd Asyraaf Fong Abdullah itu bakal bertemu Filipina pada aksi pembukaan di Stadium UiTM pada Selasa.

Profil:

Nama penuh: Nurul Azurin Mazlan

Asal: Shah Alam, Selangor

Tarikh Lahir: 27 Januari 2000

Sek: Sek Sukan Malaysia Sabah

Posisi: Penjaga Gol

Makanan kegemaran: Semua jenis makanan!!!

Kelab kegemaran: Barcelona

Pemain Idola: Marc-André ter Stegen (penjaga gol Barca)

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat adik-beradik

Tags / Kata Kunci: Nurul Azurin , bola sepak , Sukan SEA KL2017

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan