Vingada Mahu Ikatan Kekeluargaan

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 4:35 PM

Foto kredit: FAM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dalam membentuk sebuah pasukan bola sepak yang sukar ditewaskan, adalah penting untuk pemain dan staf skuad bola sepak negara, Harimau Malaya membina ikatan kekeluargaan yang kukuh sesama mereka, kata ketua jurulatihnya Nelo Vingada.

Warga Portugis itu berkata sebagai ketua jurulatih, dia bekerja keras untuk membina ikatan itu dalam pasukan, jadi Vingada meminta pemain dan staf Harimau Malaya melakukan perkara yang sama.

“Kami perlu memilih sebelas pemain (untuk kesebelasan utama) jadi kami memerlukan sedikit masa untuk  lebih mengenali pemain dan pemain lebih mengenali saya.

"Saya tidak mahu kata saya kenal semua  mereka tetapi saya kenal Shafiq Rahim, Baddrul Bakhtiar, Nazirul Naim (Che Hashim) dan pemain lain, mereka boleh bermain untuk pasukan.Tapi yang paling penting ialah untuk kami bekerja keras dalam membina hubungan rapat supaya  dapat bekerja sebagai satu keluarga kerana inilah perkara yang amat penting  dalam  membina  sebuah  pasukan yang benar-benar bagus,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Stadium Hang Jebat, Krubong, Selasa.

Malaysia dijadualkan bertemu Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium yang sama 22 Ogos ini.

Bercakap mengenai pemilihan 24 pemain, Vingada berkata dia  tidak banyak pilihan dalam mencari  pemain muda berbakat untuk disuntik ke dalam pasukan Harimau Malaya kerana pemain bawah 23 tahun  kini terlibat dengan Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Jelasnya, pemain baharu yang dipilih, terutama pemain yang hangat diperkatakan, pemain  tengah Pahang, Kiko Insa dan penyerang PKNP Muhammad Shahrel Fikri Mohd Fauzi, kedua-dua dipanggil buat kali pertama dan berharap mereka memenuhi apa yang diperlukan beliau.

“Ini adalah pemilihan saya dan staf saya , sepanjang Julai dan Ogos dan kami telah mengumpulkan  maklumat mengenai pemain terutamanya yang baharu."Saya mahukan mereka  melakukan yang terbaik untuk pasukan, “katanya.

Vingada mengekalkan 13 daripada 26 pemain yang terpilih  dalam perlawanan Malaysia tewas 1-2  menentang Lubnan dalam Kelayakan Piala Asia 2019, 13 Jun lepas.

Dia menjangkakan perlawanan menentang Syria adalah sukar dan perlawanan itu penting  bagi Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi Hong Kong dalam perlawanan Kumpulan B Kelayakan  Piala  Asia 2019, 5 September ini.

Sementara itu, pemain pertahanan Khairul Helmi Johari berkata tidak wujud masalah keserasian dalam  kalangan pemain yang telah mewakili Harimau Malaya sebelum ini, namun memerlukan sedikit masa untuk  mewujudkan hubungan erat dengan pemain baharu.

Pemain Kedah itu berkata Vingada memberitahu peluang untuk semua pemain terus berada dalam pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas, justeru dia dan rakan-rakan akan bekerja keras bukan hanya bagi menambat hati jurulatih sebaliknya untuk mengejar kejayaan bagi pasukan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Nelo Vingada , Harimau Malaya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan