Skuad Vingada Mula Berlatih

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 11:31 AM

Foto kredit: FAM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kembali berkumpul memulakan  kem latihan pusat di Stadium Hang Jebat, Melaka pagi Selasa.

Pasukan kebangsaan kendalian Nelo Vingada bakal berdepan dengan tiga perlawanan antarabangsa A bertemu Syria, Macau, dan Myanmar sebelum perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2019.

Seramai 23 pemain telah melapor diri termasuk pemain pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan, 24, yang dipanggil bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang cedera.

Sementara seorang lagi pemain JDT, Fadhli Shas akan melapor diri sebelum perlawanan bertemu Myanmar kerana disahkan doktor masih belum pulih sepenuhnya ketika ini.

Selepas menjalani latihan pusat harian selama seminggu di Melaka dan perlawanan bertemu Syria di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 22 Ogos, skuad kebangsaan akan berlepas ke Macau pada 23 Ogos beraksi di Kompleks Olimpik Macau pada 25 Ogos.

Kemudian mereka akan terbang terus ke Yangon, Myanmar pada 26 Ogos untuk perlawanan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon pada 29 Ogos dan berlepas pulang ke tanah air pada 30 Ogos untuk menyambung latihan pusat bagi menghadapi Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan