Paulinho Hampiri Barcelona!

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 7:23 AM

Paulinho

(Ubah saiz teks)

BARCELONA telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain Brazil yang juga bekas pemain tengah Tottenham Hotspur, Paulinho dari kelab China, Guangzhou Evergrande dengan nilai £36.4 juta.

Ini adalah perjanjian pertama yang ditandatangani Barcelona sejak mereka menjual penyerangnya, Neymar ke Paris St-Germain untuk mencatatkan rekod dunia £200 juta.

Paulinho, 29, menyertai Spurs dengan harga £17 juta dari Corinthians pada tahun 2013 dan berpindah ke China dua tahun kemudian.

Dia akan menjalani ujian kesihatan di Sepanyol pada Khamis dan dijangka melengkapkan perpindahan pada hari yang sama.

Paulinho telah diletakkan sebagai pemain utama di Brazil sejak pelantikan Tite sebagai jurulatih tahun lalu.

Dia telah menjaringkan sembilan gol dalam 41 perlawanan antarabangsa sejak membuat penampilan pertama pada tahun 2011 dan menjadi pemain dalam skuad yang memenangi Piala Konfederasi pada tahun 2013.

Dia memainkan peranan penting dalam kemenangan Evergrande dalam saingan Liga Super Cina musim lalu.

Barcelona juga membuat tawaran untuk pemain Borussia Dortmund, Ousmane Dembele dan pemain Liverpool, Philippe Coutinho.

Dortmund menolak tawaran itu dan telah menggantung Dembele kerana tidak hadir latihan, manakala Coutinho telah membuat permintaan untuk berpindah selepas Liverpool menolak tawaran Barcelona. -BBCSport

Tags / Kata Kunci: Paulinho , Neymar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan