B22 Perlu Lebih Tajam!

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 7:05 AM

Datuk Ong Kim Swee. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun ( B22) masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian jentera serangan sekiranya mahu menjelmakan pingat emas buat negara.

Kemenangan tipis 2-1 ke atas Brunei dalam aksi pertama Kumpulan A Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) pada Isnin ternyata membuka 'pekung' yang perlu diperkemaskan, lebih-lebih lagi menentang pasukan lebih kuat seperti Myanmar dan Singapura.

Dua gol jaringan Muhammad Safawi Rasid dan Adam Nur Azlin sudah cukup melegakan jurulatih Datuk Ong Kim Swee untuk mengutip tiga mata penuh, tetapi skuad Harimau Malaya itu tidak seharusnya berpuas hati dengan tahap permainan yang ditampilkan secara keseluruhannya.

Jika diambil kira dengan jumlah peluang yang terhidang buat negara sepanjang 90 minit perlawanan, anak buah Kim Swee sepatutnya meraikan kemenangan besar dengan jaringan sekurang-kurangnya lima gol apatah lagi formasi tiga penyerang yang menggandingkan Safawi, Muhammad Syafiq Ahmad dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Malah tidak hairan jurulatih Brunei, Kwon Oh Son menyifatkan Malaysia membazir banyak peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawnan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu.

Tetapi bagi Kim Swee, tiga mata lebih penting untuk skuad negara, lebih-lebih lagi dalam perlawanan pertama buat beberapa muka baharu yang menyarung jersi kebangsaan.

Baginya, kegagalan menyempurnakan peluang merupakan perkara normal dalam perlawanan pertama di kejohanan besar seperti Sukan SEA apatah lagi Brunei mempamerkan corak bertahan.

"Ini baru perlawanan pertama dan paling penting adalah tiga mata," katanya.

Tetapi Kim Swee mengingatkan anak buahnya agar mempertajamkan penyudah pada perlawanan seterusnya terutama ketika berdepan Singapura dan Myanmar.

"Berdasarkan perlawanan hari ini, anda dapat lihat kami mencipta banyak peluang.

"Amat penting menjaringkan gol untuk memberi tekanan kepada pihak lawan," ujarnya.

Dalam pada itu, Kim Swee mengakui barisan pertahanannya sedikit leka selepas menjaringkan gol awal.

"Kami 'tertidur' selepas gol pertama menyebabkan Brunei menjaringkan gol penyamaan, sekali gus menyukarkan keadaan.

"Mujur pemain bangkit dengan semangat juang yang tinggi untuk memburu gol kedua.

"Mereka menunjukkan kesungguhan (mencari gol) dan mereka tahu kita perlu menang," katanya.

Tags / Kata Kunci: B22 , KL2017 , Ong Kim Swee

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan