Jose Mourinho Hubungi Diego Costa

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG kesepian, Diego Costa mengakui telah dihubungi oleh Jose Mourinho selepas dia disisihkan Chelsea.

Penyerang Sepanyol itu berkata, ketika dilayan dengan begitu buruk oleh Chelsea, pengendali Manchester United berkenaan telah menghubunginya untuk bertanyakan khabar.

"Dia menelefon saya hanya untuk bertanyakan khabar dan bagaimana kedudukan saya sekarang.

"Dia mengucapkan selamar berjaya, saya tidak pernah ada masalah dengan Mourinho dan kami mempunyai hubungan yang baik.

"Sebenarnya semua orang tidak gembira apabila Chelsea menamatkan tugasnya.

"Bagaimanapun dia seorang yang hebat dan mampu mambawa pasukan lain untuk berjaya," katanya.

Wawancara Costa diadakan ketika Chelsea tewas 3-2 kepada Burnley dalam perlawanan pertama kelab tersebut. - Dailymail

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Diego Costa , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan