Costa Dedah Dilayan Seperti Penjenayah

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS membantu Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan meledak 20 gol pada musim pertama Antonio Conte mengendali kelab itu, Diego Costa kini berada 5,000 batu dari Stamford Bridge ketika aksi pembukaan musim baharu.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Dailymail, Costa mendedahkan mimpi ngerinya bersama Chelsea bermula apabila menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada Conte.

Jelas Costa, dalam mesej selama setengah jam itu Conte memaklumkan bahawa kariernya bersama Chelsea sudah berakhir.

Costa tidak kelihatan bersama rakan pasukan lain sejak final Piala FA pada Mei lalu.

Susulan itu, Costa mendakwa Chelsea melayan dia seperti seorang penjenayah.

Costa berkata dia akan sentiasa menyimpan SMS Conte di dalam telefon bimbitnya dan mendakwa pengendali Chelsea itu tidak berkarisma.

Malah Costa turut mendakwa Conte menyekat rundingan kontraknya pada Januari lalu.

Costa berkata dia turut didenda dengan potongan gaji selama beberapa minggu tetapi ingkar arahan untuk kembali berlatih bersama skuad simpanan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menegaskan dia mahu perpindahannya ke Atletico Madrid diselesaikan pada bulan ini.

Sementara itu, dia mengakui sudah bersedia menanggung risiko kontraknya tidak dibayar Chelsea dan berlatih sendirian dekat rumahnya di Brazil.

Dia juga tidak mengharapkan rayuan daripada Conte untuk kembali memperkuat Chelsea.

"Tidak. Anda tahu pengurus tidak mahukan saya. Saya hanya menunggu Chelsea melepaskan saya. Saya sebenarnya tidak mahu pergi. Saya gembira. Apabila pengurus tidak mahukan anda, anda perlu pergi.

"Jika anda tanya rakan pasukan saya, mereka katakan yang sama. Mereka hantar mesej beritahu mereka rindu dan sayang saya.

"Saya sentiasa berhubung dengan rakan pasukan terutamanya Cesc Fabregas, David Luiz dan William menerusi aplikasi WhatsApp," katanya.

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Antonio Conte

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan