Klopp Intai Khidmat Insigne Ganti Coutinho

Diterbitkan: Ahad, 13 Ogos 2017 3:25 PM

Lorenzo Insigne.

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp sedang mengintai khidmat pemain Napoli, Lorenzo Insigne sekiranya Liverpool terpaksa menjual Philippe Coutinho.

Coutinho telah mengemukakan permohonan untuk meninggalkan Liverpool menyebabkan Klopp kini terpaksa memburu sasaran Arsenal sebelum ini.

Barcelona telah mengemukakan dua bidaan terhadap Coutinho sebelum ini tetapi kedua-duanya ditolak.

Terbaharu, kelab Catalan itu dilaporkan akan mengemukakan bidaan ketiga selepas Coutinho mengeluarkan permohonan untuk meninggalkan kelab itu, Jumaat  lalu.

The Mirror mendakwa Klopp kini membuat pelan kecemasan sekiranya kehilangan Coutinho dan Insigne merupakan pemain sesuai untuk mengisi kekosongan pemain kelahiran Brazil itu nanti.

Insigne mempunyai hubungan dingin dengan Napoli meskipun dilantik sebagai kapten pasukan.

Malah, pemain berusia 26 tahun itu mengancam untuk meninggalkan Napoli pada Mac jika tidak duduk berbincang mengenai kontrak baharu.

Ejen Insigne menegaskan pemain itu tidak berminat untuk menyertai kelab lain pada musim panas ini.

Namun Liverpool merasakan wang hasil penjualan Coutinho sudah cukup untuk memujuk Napoli untuk melepaskan Insigne.

Pemain kebangsaan Itali itu dianggarkan bernilai 60 juta pound sterling.

Insigne menjaringkan 20 gol untuk Napoli pada musim lalu.

Tags / Kata Kunci: Lorenzo Insigne , Liverpool

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan