“Saya Tak Akan Merintih, Bising-Bising”

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 8:13 AM

Jose Mourinho. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mengakui Manchester United masih mahu menandatangani seorang lagi pemain, tetapi dia tidak akan 'bising-bising' jika usaha itu tidak berjaya.

Pengurus United itu telah mengemukakan empat posisi yang mahu diperkuatkannya kepada naib pengerusi eksekutif Ed Woodward sebaik jendela perpindahan dibuka, tetapi hanya Victor Lindelof, Romelu Lukaku dan Nemanja Matic yang tiba di Old Trafford setakat ini.

Mourinho menegaskan dia berpuas hati dengan usaha ahli lembaga United dan tidak akan memprotes jika kelab tidak dapat melakukan penambahan baru sebelum jendela perpindahan ditutup.

"Dalam analisis awal saya sejak Januari dan beberapa bulan lalu, saya memikirkan empat pemain tetapi saya bukan orang yang susah untuk bekerjasama walaupun mempunyai pandangan berbeza," kata Mourinho, menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan United menentang West Ham, Ahad.

"Saya faham realiti pasaran, angka dan kelab telah melakukan 75 peratus daripada apa yang saya minta, kelab berjaya melakukannya dengan baik.

"Saya tidak fikir saya kini berada dalam keadaan menangis, mengeluh, memprotes. Saya bukan berada dalam situasi tidak gembira.

"Saya gembira dengan usaha kelab. Jika baki 25 peratus tidak dipenuhi, saya tidak akan merintih, saya akan teruskan dengan apa yang saya ada untuk cuba menang setiap perlawanan."

Bos United itu mengakui dia masih berharap dapat menandatangani pemain walaupun sudah mengakui peluang mereka untuk menandatangani Gareth Bale dari Real Madrid sudah tertutup.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Gareth Bale

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan