Amaran Mourinho Buat Chelsea, Liverpool

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 12:08 PM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho 'bikin panas' dengan memberi amaran kepada Liverpool dan Chelsea.

Manchester United akan bertemu West Ham pada Ahad, perlawanan pertama mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini yang mana Mourinho berazam untuk meneruskan rekodnya yang luar biasa.

Rekod paling dibanggakan apabila 'The Special One' berjaya membawa United kembali ke Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Jadi, tidak hairanlah kelab ini begitu teruja untuk menyertai kelab-kelab gergasi lain seperti Inter Milan, Real Madrid, Liverpool dan Chelsea yang turut tersenarai dalam kelab yang akan bersaing merebut gelaran juara liga itu nanti.

Mourinho yakin pasukannya boleh melakukannya dan dia telah memberi amaran kepada The Blues dan Liverpool dengan menyatakan dua kelab itu kini lebih sukar untuk bersaing kerana United telah kembali beraksi.

Jurulatih Chelsea Antonio Conte telah memenangi Liga Perdana musim lepas.

Jurgen Klopp juga layak walaupun menamatkan saingan di tempat keempat.

Pengurus United itu memberi amaran awal: "Tujuh pasukan terbaik beraksi dalam saingan Eropah, dan dua daripadanya tiada dalam senarai musim lalu.

"Kali ini kita semua berada dalam 'bakul' yang sama dan semua kita sama sahaja.

"Ada yang beruntung dapat bermain pada Selasa atau Rabu, kemudian Sabtu atau Ahad, tetapi akhirnya jumlah permainannya adalah sama. Tak ada sesiapa pun yang lebih."

United telah membelanjakan sekitar £150 juta untuk membawa masuk Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof dalam skuadnya.

Ketibaan mereka telah meyakinkan Mourinho untuk meneruskan kecemerlangannya yang luar biasa.

Pengurus Portugis itu menambah: "Bukan kerana saya selalu melakukannya jadi saya akan melakukannya.

"Tidak ada jaminan, tapi saya fikir seorang pengurus pada tahun keduanya tahu lebih banyak tentang kelab dan pemainnya.

"Kami kini sedang berusaha lebih gigih berbanding tahun pertama. Ia bukan harapan semata-mata, ia diyakinkan oleh kualiti pasukan yang lebih baik, saya mampu mempersembahkan yang lebih baik berbanding musim pertama."

Walaupun kempen di Old Trafford berakhir di kedudukan keenam, gelaran juara Liga Europa sudah cukup untuk mereka menempah tiket kembali Liga Juara-Juara.

Mourinho, yang juga memenangi Piala Liga dan Perisai Komuniti, mendakwa: "Saya tidak rasakan tekanan yang lebih atau kurang berbanding musim lalu.

"Yang penting bagi kami adalah kembali ke Liga Juara-Juara.

"Sekarang kami perlu meletakkan diri di Liga Perdana yang membolehkan kami berjuang untuk gelaran.

"Apa yang saya ada di kelab lain adalah lebih ramai pemain yang menjaringkan gol. Kami kini mempunyai pemain sayap, pemain tengah yang mendapat sepuluh gol, pertahanan tengah mendapat lima gol. Musim lepas ia tidak banyak berlaku."

Mourinho juga gembira jika dapat menambah Gareth Bale dan Ivan Perisic dalam senarainya, tetapi menegaskan: "Jika tak dapat, kami mempunyai pemain yang dipercayai.

"Saya sangat gembira untuk memulakannya, saya fikir kami sudah bersedia." -thesunUK

Tags / Kata Kunci: JOse Mourinho , Antonio Conte , Jurgen Klopp

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan