Skuad Guardiola Sedia Untuk Berjuang!

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City telah terbang ke Brighton menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton & Hove Albion.

Skuad bimbingan Pep Guardiola akan berdepan pasukan lawan di Stadium Amex pada 12.30 tengah malam ini.

Mereka dirakam menaiki pesawat persendirian yang membawa mereka sejauh 200 batu ke bandar tepi pantai pada petang Jumaat.

City menjadi salah sebuah pasukan kegemaran untuk memenangi gelaran musim ini, dengan Guardiola telah memantapkan pasukannya dengan pemain seperti Kyle Walker dan Benjamin Mendy pada musim panas.

Dan, usaha menandatangani pemain dilihat akan diteruskan sebelum jendela perpindahan tutup.

Seorang lagi pemain baharu, Bernardo Silva, dari Portugis menyifatkan Guardiola adalah faktor penting yang mempengaruhi keputusannya untuk menyertai kelab itu.

"Saya sukakan bola sepak dan sentiasa sukakan bola sepak," katanya kepada laman web kelab.

"Sebab itulah saya datang ke sini. Saya tahu pengurusnya adalah sama dan banyak saya boleh belajar daripada Guardiola dan pemain lain.

"Saya tahu betapa berharganya bola sepak di England. Mereka menyukainya. Sebab itulah saya rasa hebat berada di sini.

"Saya tidak sabar untuk bermain di Liga Perdana, untuk salah satu pasukan terbaik di England dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan mencapai matlamat mereka.

"Saya gilakan bola sepak. Apabila saya tidak bermain atau berlatih, saya menonton bola sepak setiap masa." -dailymailUK

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Pep Guardiola

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan