Barcelona Muktamadkan Pembelian Pemain Tengah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tengah Tottenham, Paulinho (gambar) kini menyertai Barcelona dengan nilai kontrak 40 juta Euro (RM203 juta).

Bintang kelahiran Brazil itu yang pernah bersama kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande  sejak 2015 menjadi sasaran Nou Camp pada musim panas dan kini perpindahannya menjadi nyata.

Barca membuka tawaran dengan 17 juta Pound Sterling (RM94 juta) pada Julai dan semakin meningkatkan jumlah tawaran ke atas pemain berusia 29 tahun itu untuk menyertai kelab berkenaan.

Perpindahan itu menandakan kepulangan Paulinho yang menghabiskan dua musim di White Hart Lane ke arena bola sepak Eropah.

Paulinho bermain sebanyak 67 kali untuk Spurs sepanjang dua musim itu, 11 jaringan gol sebelum dijual dengan nilai kontrak 10 juta Pound Sterling (RM55 juta) ke China pada musim panas tahun 2015.

Pemain itu memberitahu Mundo Deportivo: "Ini peluang yang baik bagi saya untuk bermain dengan Barcelona, pasukan terbaik di dunia dan dibarisi pemain terhebat."

"Saya perlu bercakap dengan presiden kerana sejak mendapat lamaran ini, saya tiak boleh berhenti berfikir mengenainya dan saya sedang segalanya selesai minggu ini," katanya.

Kehadiran Paulinho itu tiba pada waktu Barcelona membina pasukan selepas perpindahan Neymar ke Paris Saint-German. - Daily Mail

Tags / Kata Kunci: Paulinho , Barcelona

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan