Sanchez Bakal Terima Gaji Tertinggi EPL

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL menawarakan gaji tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) demi melihat Alexis Sanchez terus bersama kelab tersebut.

Sebelum ini pemain antarabangsa Chile itu menolak tawaran 225 ribu pound (RM1,254,258.6) seminggu serta tambahan bonus yang boleh mencecah 275 ribu pound.

Bagaimana pun , Arsenal tidak berputus asa dan menawarkan gaji yang lebih lumayan £300 ribu pound seminggu (RM1,672,344) sekaligus bakal menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi dalam EPL.

Kontrak penyerang tersebut berakhir hujung musim ini dan dia menolak untuk menyambut perjanjian baharu.

Sanchez berterus-terang dia mahu tawarannya itu dinaikkan kepada 300 ribu pound sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian baharu.

Sebelum ini, Manchester City dan Paris Saint-Germain turut berminat mendapatkan pemain itu tetapi pengurus The Gunners Arsene Wenger berkeras tidak mahu melepaskannya.

Pemain berusaha 28 tahun itu bakal terlepas aksi pertama Liga Perdana bertemu Leicester Sabtu ini serta menentang Stoke minggu depan kerana berdepan dengan kecederaan di bahagian abdomen.

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsenal

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan