Milan Pujuk Ibrahimovic Kembali Ke Itali

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United terpaksa bersaing dengan AC Milan yang cuba memujuk Zlatan Ibrahimovic untuk kembali ke San Siro.

Ibrahimovic kini sudah tamat kontrak bersama United.

Red Devils tidak menawarkan kontrak baharu kepada Ibrahimovic hujung musim lalu selepas dia bergelut dengan kecederaan lutut yang serius sejak April.

Namun penyerang berusia 35 tahun itu masih berlatih di Old Trafford untuk mengembalikan kecergasannya.

Pengendali United, Jose Mourinho pernah meluahkan hasrat untuk menyambung khidmat Ibrahimovic selama setahun lagi.

Milan telah membelanjakan lebih 160 juta pound sterling pada musim panas ini kerana pemilik kelab itu mahu memperkukuhkan kekuatan pasukan.

Selain Ibrahimovic, pemain Torino, Andrea Belotti, Diego Costa (Chelsea) dan Nikola Kalinic (Fiorentina) turut dikaitkan dengan Milan.

Namun Ibrahimovic kini dalam radar Milan yang pernah menjaringkan 56 gol dalam 85 perlawanan di San Siro antara musim 2010-2012.

Malah Ibrahimovic turut berkongsi mengenai tahap kecergasannya pada Khamis apabila memuatnaik beberapa video dia sedang berlatih di sebuah gim di Monaco dengan kapsyen 'tiada masa untuk berehat'.

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , AC Milan

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan