Kedah Hormat Semangat Pemain, Jurulatih - KFA

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 8:58 AM

Datuk Aminuddin Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sentiasa bersedia melepaskan pemain atau jurulatihnya kepada pasukan kebangsaan demi negara.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar memberitahu bahawa pihaknya sentiasa mengambil kira semangat rakyat Kedah yang menceburi bola sepak untuk mewakili negara.

"Sedikit mengenai jurulatih Tan Cheng Hoe yang menjadi viral kelmarin…kita mendapat surat dariapada coach Tan bahawa dia diberi tempoh tiga hari untuk mendaftar sebagai penolong jurulatih national (kebangsaan).

"Secara peribadi, saya selaku Setiausaha Kehormat merasakan tidak mustahil untuk lepaskan serta merta kerana seperti tidak adil kepada KFA. Jadi saya minta tempoh sebulan untuk lepaskan Tan kepada pasukan kebangsaan.

"Dan kita tahu apabila mewakili negara, kelab atau persatuan akan menghadapi kekangan dalam pelbagai bentuk. Tetapi kami rela dan bersedia untuk sertai negara.

"Ini semangat yang kita tanam. Dan Alhamdullilah pemain kita seramai tujuh orang mewakili pasukan kebangsaan dan lima pemain bersama skuad Bawah 22 Tahun,, kesemuanya 12 pemain kita lepaskan untuk sertai negara," jelasnya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Lang Merah Fans pada Khamis.

Aminuddin memberitahu, Kedah tidak ada mentaliti yang sebaliknya.

"Mengenai kenyataan yang kononnya ada jembalang di KFA, ini semua tidak betul, mungkin di tempat lain dan pembangunan serta pembaharuan yang kita lakukan sejak tahun 2013 terbukti dengan kejayaan tiga piala dalam tempoh empat tahun," ulasnya mengenai mungkin ada jembalang dalam organisasi KFA.

Seloroh tersebut timbul ketika program Face Off Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Shebby Singh dan empat panel lain berkaitan dengan soalan prestasi Kedah selepas Cheng Hoe dilantik menjadi penolong jurulatih negara.

Program tersebut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Johor Southern Tigers Selasa lalu.

Tags / Kata Kunci: KFA , Datuk Aminuddin Omar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan