Tuah Badan Isteri Pemain Bola Sepak

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 3:08 PM

Mia menjadikan Santorini sebagai destinasi percutian pilihannya kali ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebelum ini, hanya isteri mahupun kekasih pemain bola sepak terkemuka dunia sahaja sering dilihat berkongsi gambar percutian mewah mereka di laman sosial untuk tatapan peminat.

Kini trend itu seolah-olah menjadi 'ikutan' isteri-isteri pemain bola sepak tanah air pula.

Kebanyakan mereka memuat naik gambar percutian bersama keluarga di dalam mahupun luar negara susulan tempoh rehat perlawanan Liga Malaysia yang ditangguhkan seketika bermula 5 Ogos lalu sehingga selesai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Salah seorang daripadanya adalah pelakon Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan yang tidak mahu ketinggalan memuat naik gambar percutian di Santorini, Greece.


"Holiday bucket list, checked," demikian tulisnya dalam kapsyen gambar percutian itu di laman Instagram.

Isteri kepada Mahali Jasuli yang juga pemain JDT, Haliesah Rusman turut berkongsi gambar sedang bercuti di negara matahari terbit, Jepun.

Pasangan suami isteri itu membawa bersama anak lelaki mereka, Hayder Malique.


Dalam laman Instagramnya, Haliesah yang juga seorang model sebelum ini turut memuat naik video sedang melintas jalan popular di Tokyo iaitu Shibuya Crossing menggunakan aplikasi Boomerang.

Sementara itu, pelakon Ayu Raudah yang juga isteri kepada pemain pasukan Perak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak juga dipercayai bercuti bersama keluarga di dalam negara.

"Let's gooo... squad! Subang - Kuantan - Alor Setar," tulisnya dalam kapsyen itu.


Ibu kepada tiga orang anak itu turut menggunakan hashtag #cuticutimalaysia pada kapsyen gambar tersebut.

Bekas pemain boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang aktif di laman Instagram juga memuat naik gambar percutian bersama suaminya, Safiq Rahim dan dua anak mereka.


Namun, Zandra tidak menamakan lokasi percutian mereka yang dipercayai di sebuah pulau, jauh dari hiruk-pikuk kota.

Hampir kesemua gambar yang dikongsi isteri pemain JDT itu mendapat like yang banyak dalam kalangan pengikutnya.

Tags / Kata Kunci: percutian , pemain bola , Liga Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan