Barcelona Gigit Jari

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 7:17 AM

(Ubah saiz teks)

HASRAT Barcelona untuk mendapatkan khidmat Philippe Coutinho nampaknya tidak kesampaian.

Liverpool dilaporkan telah menolak bidaan bernilai 90 juta pound sterling yang dikemukakan Barcelona terhadap pemain Brazil itu.

Kelab Merseyside itu menegaskan Coutinho tidak akan dijual pada musim panas ini.

Ia adalah bidaan ketiga Barcelona terhadap pemain itu selepas tawaran pertama bernilai 72 juta pound sterling dan kedua, 80 juta pound sterling pada bulan lalu.

Coutinho, 25, bakal terlepas aksi pertama Liverpool menentang Watford pada kempen pembuka tirai Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini akibat kecederaan belakang.

Dia terlepas sesi latihan pada Rabu kerana bergelut dengan masalah kecederaan yang sama.

Susulan itu, dia menerima rawatan selepas kembali dari kem kecergasan di Jerman, Khamis lalu.

Barcelona begitu terdesak untuk mendapatkan khidmat Coutinho selepas pemergian Neymar ke Paris Saint Germain (PSG) dengan rekod perpindahan dunia.

Coutinho menyertai Liverpool pada 2013 dengan perpindahan bernilai 8.5 juta pound sterling dari Inter Milan.

Pemain Brazil itu dilaporkan telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Liverpool pada Januari lalu tanpa sebarang klausa pelepasan.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Liverpool

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan