Amboi Mesranya Mereka!

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid baru saja berjaya meraih gelaran juara Piala Super Eropah 2017 dengan menewaskan Manchester United 2-1, awal pagi Rabu.

Dua gol Madrid diperolehi menerusi Casemiro di babak pertama dan Isco Alarcon di separuh masa kedua.

Gol United pula diperolehi menerusi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-62.

Dalam perlawanan tersebut, terdapat dua individu yang menjadi perhatian iaitu jurulatih United, Jose Mourinho dan bintang Madrid, Cristiano Ronaldo.

Seperti diketahui umum, kedua-dua mereka pernah bekerjasama ketika Mourinho melatih Madrid selama tiga musim dari 2010 hingga 2013.

Ketika memutuskan untuk keluar dari Madrid, Mourinho dilaporkan memiliki hubungan tidak baik dengan Ronaldo.

Namun, dalam pertandingan Piala Super Eropah 2017, kedua-duanya dilihat mempunyai hubungan akrab.

Ketika menuju bilik persalinan sebaik tamat babak pertama, Mourinho datang kepada Ronaldo yang kemudiannya merangkul pinggang bekas jurulatihnya itu.

Malah, ketika Madrid diumumkan sebagai pemenang pertandingan, Mourinho kembali datang kepada Ronaldo, menghulurkan tangannya mengucapkan tahniah, merangkul leher dan memegang pipi pemain berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Jose Mourinho

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan