FAM Nafi Penjaga Gol Futsal Wanita Langgar Disiplin

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberi penjelasan bahawa penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman tidak melanggar disiplin.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pemain berkenaan tidak melanggar perintah berkurung keluar dari bilik melebihi jam 11.30 malam sewaktu kem fasa akhir perhimpunan atlet Malaysia untuk Sukan SEA (KL2017)  di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Jumaat lalu, seperti yang didakwa sebelum ini.

"Siasatan dilakukan persatuan dengan penjelasan daripada pemain itu sendiri serta ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Muizzudin Haris dan pengurus pasukan, Shafizah Umamah Abdul Mutalib beserta bukti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) mendapati bahawa Nur Izwani telah pun meninggalkan lobi hotel selepas berjumpa saudaranya dan menuju ke lif pada jam 10.55 malam untuk naik ke biliknya.

"Ia sama sekali bercanggah dengan aduan dan dakwaan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini yang menyatakan bahawa Nur Izwani dilihat masih berada di lobi hotel berkenaan sekitar jam 12.30 tengah malam.

"Justeru persatuan berasa kesal dengan tuduhan dan dakwaan tersebut yang mendorong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo membuat kenyataan media pada Isnin (7 Ogos 2017) bahawa terdapat dua atlet negara iaitu daripada sukan futsal dan badminton telah melanggar perintah berkurung," jelasnya dalan satu kenyataan, Rabu.

Tambah Hamidin, bukti rakaman CCTV menunjukkan bahawa pergerakan terakhir Nur Izwani masuk ke dalam biliknya adalah pada jam 11.11 malam, yang jelas sama sekali tidak melanggar peraturan perintah berkurung keluar dari bilik melebihi jam 11.30 malam.

"Saya telah menghubungi sendiri Beng Choo bagi menjelaskan apa yang berlaku ini dan akan menghantar surat penjelasan kepada beliau bagi memastikan perkara atau isu ini tidak terus dipanjangkan di media."

Persatuan juga mengesahkan bahawa nama Nur Izwani masih berada dalam senarai 16 pemain akhir skuad futsal wanita kebangsaan untuk beraksi pada temasya KL2017.

"Malah ketua jurulatih (Muizzudin) turut berpuas hati dengan tahap disiplin Nur Izwani di dalam dan luar gelanggang sepanjang bersama skuad futsal wanita kebangsaan," tambahnya.

Acara futsal akan berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dari 18 hingga 27 Ogos 2017.

Tags / Kata Kunci: Futsal Wanita , Nur Izwani

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan