Diego Costa Jadi Badut Sarkas?

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

DIEGO COSTA yang disisihkan Chelsea walaupun masih mempunyai kontrak mengisi masa lapanganya dengan mengembirakan orang lain.

Pemain yang belum mendapatkan kelab baharu itu dilapor menjadi badut dalam satu pertunjukan sarkas di Lagarto, Brazil.

Tindakan itu juga dianggap pelik untuk dilakukan Costa, tambah lagi  menyertai kumpulan badut kerana perwatakan dia sebelum ini lebih serius.

Bagaimanapun, persembahan penyerang Sepanyol itu berjaya membuatkan kanak-kanak yang hadir ketawa dan gembira dengan persembahan yang dilakukan.

Sementara itu, Costa menerusi Instagramnya mendedahkan sedang melakukan latihan intensif sendirian.

Costa tidak lagi bersama Chelsea selepas pengendali kelab itu, Antonio Conte mengakui penyerang berkenaan tidak dalam rancangannya pada musim baharu ini.


Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan